Saturday 25 February 2017

Its not easy. Hidup.

tak senang bukan bermakna tak boleh.
yup, its hard to move on, its hard to start new. its hard to feel great again, its hard to be motivated.
but hey, life goes on, so do we.
bulan keluar, matahari naik. matahari berlalu, bulan menjelma diri. putaran masa tetap berjalan seperti biasa. cuma aku yg masih tetap di tempat yg sama.
maknanya aku sia-siakan masa yg berlalu, kerana aku malu/malas/segan/tak semangat untuk meneruskan kehidupan. Kehidupan bukan sekadar bernafas, tetapi untuk berbakti pada diri.
Aku sedar, tapi aku tak tahu macam mana nak melangkah. Mungkin aku tahu, tapi semangatku hilang entah ke mana. Aku bukan lagi orang yang sama seperti dulu, aku tak tahu mana pergi sifat positif ku. Aku tak tahu mana pergi sikap optimis ku. Sekarang aku cuma berharap semua berjalan dgn lancar tanpa sebarang usaha dariku. Mana mungkin hidup boleh begitu.
Hidup perlukan pengorbanan, kadang kala kita berjaya kadang kala kita jatuh. Tapi apa yg menjadikan hidup itu bermakna ialah pabila kita tetap berusaha mencantikkannya. Usaha itu yg melambangkan kehidupan. Tanpa usaha, hidup mati, hati mati. Sebab itu orang gila atau org yg berputus asa sudah tidak punya hidup.
Jadi, kau nak jadi begitu? Sudah tentu tidak. Aku masih lagi mencari hidup dalam hatiku. Aku masih mahu berusaha walau aku tidak punya cara. Tapi yg aku tahu, aku tidak mahu mengalah dengan hidupku.

No comments:

Post a Comment